Para Pengikut.. :)

Wednesday, December 14, 2011

Wordless wednesday *Wishlist 2012*


Setabah itu.

Semalam sementara tunggu iklan cerita cinta Elysa, aku terbukak lak channel 141.
Tengok2 lagu ni tengah berkumandang.




Erin - Takkan Pisah
sayang aku ingin berbicara kepadamu
tentang apa yang tengah aku rasakan
ada apa, ada apa katakanlah semuanya
ku kan dengarkan duhai cintaku

bila nanti orang tuamu meridhoi dengan
apa yang ku rasakan padamu
semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya
begitu pun orang tuaku
kau takkan tinggalkanku
takkan pernah, sayangku
janjimu janjiku untukmu

takkan ada yang pisahkan kita
sekali pun kau telah tiada
akan ku pastikan
ku kan memeluk menciummu di surga
jangan kau pergi tinggalkan aku
bawa aku ke mana kau mau
janji ku padamu
jiwa dan ragaku mati pun ku mau

Sedih lagu ni.
Akan adakah orang setabah pompuan ni kat dunia ni.
Melihat orang yang paling dia cintai bernikah dengan orang lain.
Akan adakah orang setega ini.
part paling yang menyayat hati adalah.

"takkan ada yang pisahkan kita
sekali pun kau telah tiada
akan ku pastikan
ku kan memeluk menciummu di surga"








:'(

Monday, December 12, 2011

Long time no see.

Assalamualaikum.
I know its a long time not to write here.
Nak kata sibuk tak la jugak.
Sibuk bace blog orang je.
Since my future other half ada kat sini, tu la yang sampai blog pun kene abai.
There a lot of story to be told tapi idea nak menulis tu takde.
Tambahan lagi picture pun takde gak since aku terlalu bermurah hati untuk "sedekah" hp aku kat adik aku Hakim.
Sekarang tengah mengumpul dana to get a new one. Susah dow, nak kumpul duit ni. Iman tak kuat sangat. hiks.
Frankly speaking, aku baru je jumpe my future other half for 3 times.
First, ramadhan lepas.
Second, end of Syawal.
Third, yang sekarang ni..
Dalam 3 tu, yang last ni la yang paling lama die cuti. yang 2 lagi tu, 2 hari je.
so, time ni la we spend time together as normal couple.
Outing together, watching movie together, dinner/lunch/supper together, playing badminton, watching sinetron (channel pelangi/bintang) together, jolok buah rambutan tepi rumah together, pergi kenduri kawin with his family.
Since we hardly to see each other (because he works at KK) my parenst seems to be sporting by allow him lepaking at my home during night for watching football match. :) but not every night for sure. That is why i love be enggaged with orang sama kampung. Senang. :)
He will leave soon. 2 or 3 days to go.. Hard to say goodbye.But this is a risk that i had to faced. As long we hold each other "trust", we will fine. I love u, Joenarti Bin Ridzuan. :)

Tuesday, November 1, 2011

Damn! really want it.


ape benda yang nak sangat tu?
ni ha.....


Miracle by Lancome.
Aku tak nak yang besar. Aku nak yang miniature je.
Gagah aku browse satu-satu kat blog yang ada jual perfume ni.
Aku nak bandingkan harga dulu.
Kenape miniature?
Sebab bajet pun ciput. Kalau puas hati pakai yang miniature, baru beli yang besar punye.
serius, sangat wangi..
dah try last 2 week kat kedai perfume d airport last 2 week.
memang botol die macam bodo je kan.. tapi wangeeeeeeeeeeee...

Friday, October 28, 2011

Jumaat + Hujan = Mencabar!

Huuuuuuuuaaaaaaarrrrrrgggggghhhhhhh.........
Malas gila nak bangun subuh pagi tadi..
Hujan memang menggoda oh.
Usai solat subuh rasa nak peng balik tapi..
No...no.. nanti terlate pulak nak g kerja.
Maklumla hari hujan memang jalan akan sesak.
Semua orang akan bertindak super berhati-hati bila memandu dalam hujan.
Keputusan nya, kereta pun slow je.
Anyway,
Assalamualaikum everybody!
Good Morning!
Happy working Day!
Thankz God It Friday!!! (TGIF)







Till then. Take Care. *l.o.v.e*

Thursday, October 27, 2011

Nurbasirah Binti Wahed

Semalam 26/10/2011.
Hari jadi yang ke 15 adik aku yang bongsu.
Semoga panjang umur, berjaya dalam pelajaran dan dimurahkan rezeki.
Jangan sebok nak bercintan cintun dulu k.
Jangan malas buat kerja rumah.


Sambut sekali dengan birthday mak.. Buat kecik2 je..

Kisah Breakfast Anda

Sarapan pagi adalah sangat penting sebenarmya.
Namun ada dikalangan kita tidak suka makan sarapan pagi kerana mengandaikan nanti mereka akan sakit perut dan akan "berry" atau bahasa kasarnya berak.
Hello, berry tu sihat ok.. dia buang segala macam toksin dan benda alah yang tidak diperlukan dalam badan kita..
Aku memang spesis manuasia yang takkan skip breakfast. Walau selewat mana pun, aku akan tetap bersarapan walaupun hanya dengan air nescafe panas sahaja. Janji aku breakfast.
Kalau dah lambat sangat, aku dan adik aku akan bersarapan dalam kereta.
Antara menu yang kita orang pernah baham makan adalah
1. Meggi kari plus telur. (memang layan la. Lagi2 time jalan tengah jam) hahahhaha
2. Bubur nasi plus ayam. (letak dalam tupperware besar dan ngap!)
3. Kuih muih
4. Kacang cornflake (konon nak western.. pelik. Namun ini benar. Makan Kacang cornflake ni memang layan time sesak2 kat jalan raya)


5.
coklat. (sangat sihat ok.. hahahhahahahha)


6.
Kuih cincin. Yang nie memang sedap ho.. En. Tunang belikan dari KK.. Memang layan la makan kalau ada nescafe panas. hehehhehehe


Cume nasi lemak je kiteorang tak pernah makan dalam kereta. Nak try gak la nanti.
Oh ye, FYI, aku n adik aku sama tempat kerja. Gila bosan ok. HAri2 tengok muka die. BAlik umah pun muka die lagi.. apepun, she is great sister and driver too.





Korang pernah tak breakfast dalam kereta?





Till then. *love*

Wednesday, October 26, 2011

Kawan Blog Saya Miss Zie


Aku baca blog dia since aku studi kat USM lagi..
Setiap pagi aku akan bloghoping dan blog dia adalah salah satu blog yang selalu terupdate.
Dia ni blogger tegar okeh..
Selalu nya pagi-pagi cenggini ramai yang akan view blog die.
Sampai satu tahap, ratusan viewer akan hit kat blog die.
Namun apa yang berlaku pagi tadi memang di luar jangkaan.
Nak tengok apa yang di luar jangkaan itu?
Meh tengok nie..



Korang nampak tak? klik picture kalau kurang jelas ek..
"1 Eyes Blinks On Me".. for sure la aku kan..
Menang most of the reader Miss Zie nie orang semenanjungkan..
For Zie,
"Yunk, semua reader kitak gik tido.. kan ritok cuti Deepavali... Heehehehehhe.... "





Best na juak mun sik kerja aritok o.. dah la ujan.

Happy Dewali


Morning Peeps!
Hari ini Deepavali dan kami bekerja. *Nice*
Kami di Sarawak kerja ok..
Mane 1 Malaysia?? hurmmm..
Ape2 pun kerja tetap kerja.
Tanggungjawab harus dilaksanakan.
Dan tak kurang penting nya, gaji jalan.. hehhhehehhee
Ok lah, ti sambung lagi buat entry..
Nak sambung kerja jap..
Till then.





Happy Dewali. :)

Monday, October 24, 2011

what a lovely weekend. :)

Weekend nie macam2 yang berlaku kan?
Mostly dalam dunia sukan.
Kita digemparkan dengan kematian pelumba dari Itali di GP Sepang.
Dan yang paling gempar adalah kekalahan M.U ditangan M.C di gelanggang sendiri. *aku tak sokong mana2 pun*

Tapi yang paling lovely weekend ni adalah..
Tunang aku balik untuk weekend je.. ~weeeeehhuuuuuuuu~
From KK with love. ~hiks

Weekend yang penuh dengan bunge2 cinta.. hehehhee

Tapi die balik sekejap je..
Pagi sabtu datang, tengah hari ahad dah balik.
Nie la dugaan kalau tunangan kita jauh sebab kerja.
Tapi takpe, aku bersyukur jugak sebab dia jauh..
Boleh rindu-rindu.. dan fitnah manusia pun kurang..
Yela, kalau jauh takleh jumpe selalu.. sekali sekala je..
Kalau tunang aku kerja dekat sini, for sure la akan selalu jumpe kan..
dan fitnah pun akan selalu menimpa jugak..
Jadi aku lebih suke kalau jauh-jauh cegini.
Takde la nak berdua all the time..
Lagipun belum kawin lagi kan..
Kalau dah kawin, tak nak dok jauh2.. *mode:gatal* hahahhahaa..

Hari sabtu aku buatkan die laksa sarawak.
Satu periuk besar aku buat..
Berselera sungguh die makan.
Yelah, dari haritu dok ngiau2 nak makan laksa sarawak.
Pastu aku aku bagi kat family belah tunang jugak..

Tengah hari sikit, en.Tunang tolong aku buat popia sardin..
Sebab malam tu kat umah die ada mesyuarat untuk majlis perkahwinan adik die hujung Nov nanti..
so, aku tolong tambahkan menu..
Its was so happy when he around.. :)

Habis mesyuarat malam tu, dating kat umah till 1 a.m..
dua2 dah penat dan mengantuk.
Esok, lak pagi2 dah bangun untuk siapkan kacang cornflakes untuk En.Tunang bawa balik KK..
Dah lagi ahad tu hujan.. syok o kalau tido.. hehhehee
Tapi demi en.Tunang tersayang, aku buatkan jugak.. :)

"Setiap pertemua pasti ada perpisahan"
tu kata-kata en.Tunang bile aku cakap yang aku sedih sebab dia dah nak balik.
Airport will be the best and worse place ever. Kat situlah pertemuan berlaku dan di situ jugakla perpisahan terjadi..
His parents, his sister and me send him off yesterday.
When we leave, i'm text him "Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi"
tata Abang.. :)

Thursday, October 20, 2011

Facebook

Rindu nyer nak berfacebooking.. :(
Kat tempat kerja baru ni facebook kene block..
Nasib Blogger.com tak kene block..
kalau tak memang mati bosan dow..
Ape2 yang bebentuk chat pun tak leh gak..

Ade hikmah jugak kalau FB kena block..
Boleh la i rajin2 update blog..

Betul tak?

Sense of belonging

Pagi tadi dalam perjalanan ke office, aku dan adik aku seperti biasa akan tune hotfm. So, sesiapa yang biasa dengar Hotfm pagi2 akan disajikan dengan satu segmen iaitu "Panggilan Hangit".
Nak dijadikan cerita, pagi tadi Fafau hangitkan seorang budak politeknik nie. Mule2 si Fafau tu tye bile birthday budak ni. So, die jawab la 26/10/1993.. So kebetulan birthday die tahun ni sama dengan Depavali. Oh ye, dalam panggilan hangit ni, si Fafau jadi Achie (Makcik India). Dengan slang India yang pekat, die kenakan budak ni.. hehehhehehe.. So, si Fafau ni bagitau la yang budak tu layak untuk masuk satu pertandingan menyanyi sebab birthday dia jatuh pada hari Depavali dan hadiah utama nya adalah melancong ke China. Si Fafau ni suruh la budak tu test suara dulu dan Fafau suruh die nyanyi.
Fafau: Adik, boleh nyayi sikit tak?
Adik tu: Tak ingat lirik la kak..
Fafau: takpa2.. sikit saja.. Kakak mau dengar
Adik tu: ermmmm...
              "Politeknik adalah warisan kita
              Membekal tenaga bidang teknikal
              Bersama membina kemajuan negara
              Malaysiaku tercinta"
Fafau: Eh..Lagu apa tu adik??
Adik tu: Lagu Politeknik kak.. saye belajar politeknik..
Fafau: Politeknik? very good school..


Time ni aku ngan adik aku dah ketawa bagai nak gila dalam kereta...
Huh, sangat luar biasa "sense of belonging" budak ni terhadap tempat dia menuntut ilmu..
Kagum aku.. beribu-ribu lagu yang hit dalam industri die tak tau. Tapi lagu politeknik dia tau..
hehehhehehe.. salute dengan budak tu.
Betul la, kalau kita ada rasa "kepunyaan" terhadap sesuatu, kita akan ingat sampai bila-bila..
Rindu nak nyanyi lagu ni..

Menara Ilmu
Universiti Sains Malaysia
Menara ilmu tercinta
Jadi tumpuan antarabangsa
Untuk segala cita-cita
Berinovasi, berteknologi
Berwawasan, berkualiti
Biar usaha kami bersemi
Hasrat nyala berseri














Rindu USM

Wednesday, October 19, 2011

Tempat baru, tanggungjawab baru


Assalamualaikum..
Tempat baru, alhamdulillah setakat ni tidak membawa sebarang masalah...
mintak-mintak la sampai bila2 takda masalah ye.. hehhehehhe
Tapi laut mana yang tak bergelora kan?
Bumi mana yang tak ditimpa hujan?
InsyaALLAH, kalau ditimpa masalah sekalipun, semoga dapat menghadapi nya dengan tenang dan rasional.
Buat masa sekarang aku ditempatkan di Unit kewangan..
Aku bermula dari bawah.
Timba pengalaman sebanyak yang mungkin untuk bekalan di masa akan datang.
Aku tak kisah walaupun tak sepadan dengan kelayakan aku.
Siapa kita untuk berbicara soal kelayakan..
walaupun kita ada kelayakan, namun tiada pengalaman, kita tidak akan kemana2.












ok, nak sambung buat kerja jap.. :)
till then. Take care.

Sunday, October 16, 2011

Hijrah

Hijrah.
Boleh jadi baik kalau positif.
Boleh jadi tak baik kalau negatif.

Tadi aku tonton rancangan kegemaran aku n mak aku. Saffiya.(TV9 dihatiku)
Episod kali ini mengupas isu muslimah dari yang tak pakai tudung kepada yang pakai tudung sekarang.
Artis yang diketengahkan adalah Erma Hasmi dan Diana Amir.
Alhamdulillah, Allah buka pintu hati diorang untuk pakai tudung.
Syukur Alhamdulillah jugak ALLAH buka pintu hati aku dan beri aku hidayah untuk pakai tudung.

Ye, dulu aku memang tak pakai tudung. Zaman kampus aku, aku tak pakai tudung. Aku tahu berdosa sebab aku dulu skolah agama (tahu hukum hakam agama, namun jadi produk tak jadi sekolah agama). Aku sekolah agama sampai form 3 je. Lepas tu la aku tak pakai tudung. Konon nak bergaya. Konon nak up to date. Tapi aku tak pakai baju seksi meksi. Aku brutal dulu.. cheh... Hampeh.

Waktu kat kampus, aku pakai baju sempoi2 je.. mane nak korek duit beli baju mahal2. Petang aku buat part time kat Tesco Extra Sungai 2 (korang bleh agak kot aku study mane dulu). Kalau ada kelas hari jumaat, aku pakai baju kurung ngan pakai selipar jepun. Memang sebijik macam mak cik kafe desasiswa aku. hehhehe..
Tapi budak2 suke kawan ngan aku. (cheh, perasan pulak aku kan). Tapi itulah aku.

Sehingga sampai aku nak konvo, aku g jalan2 kat tapak konvo. Time tu aku belum turn aku konvo lagi. Aku konvo hari keempat. Aku jalan2 dengan member aku. Tetiba aku rasa nak pakai tudung. Yes, tudung pertama aku beli adalah tudung warna oren, kat tapak konvo, pada 12 sept 2009. Aku pakai tudung tu pada hari bersejarah aku. Serius, semua coursemate aku tak kenal aku. Time Q nak ambik no giliran, semua course mate aku dok tengok2 aku. Last2 dah tenung lame sikit baru kenal aku. Hampeh betul kan.. hehhehee.. Sampai mamat coursemate aku cakap, "kalau la ko pakai tudung dulu2 lagi, memang aku dah couple dah ngan engko Mie" Aku tahu diorang suke melawak.

Dan semenjak itulah, aku maseh kekal bertudung sehingga sekarang. Alhamdulillah.. Allah itu Maha Penyayang. DIA akan bukak kan hati sesiapa pun yang DIA kehendaki.

Oh ye, Diana Amir adalah course mate aku. Die kire senior aku la tapi kiteorang grad sekali. Tapi time convo 2 tahun lepas die tak datang. Ade member aku cakap, die ada shooting. Dan di kampus, kite orang tak panggil die Diana, kiteorang panggil die Dodie.

 Ok, ni gambar aku time tak pakai tudung lagi.. Amacam, sempoi tak aku g kelas? siap leh main snap2 lagi dengan Lecturer yang comel dan disayangi ramai. hehhehe.


 With Nurizana Binti Mohd Desa. Time dalam dewan "keramat". Meremang bulu roma time ni tau. Sebab tak sangka dah tamat rupanya aku studi kat sini. Sebak.



 Muke aku lagi kot.. Maaf lah ye, muke agak sememeh sikit banyak.. Maklumlah, baru belajar pakai tudung balik.. 


Dalam ramai2 manusia kat dalam gambar ni, ada seseorang disitu merupakan ex aku.. miahahaha.. siap suruh aku pakai tudung lagi kalau nak jumpe mak die. Mungkin doa die jugak kot yang menyebabkan aku pakai tudung. Tapi time konvo ni, aku dah break pun dengan die. "Awak, alhamdulillah, saye sekarang dah pakai tudung. :)"



Sumber dari NEDA

Ye, aku nak pakai tudung macam ni. Sumpah aku nak. Aku tak kisah orang nak cakap aku macam makcik ke, ustazah kelas fardu ain ke, ustazah pilihan ke..AAK?
Aku kadang2 rasa macam pelik sikit bile pakai tudung tapi tak tutup dada. *no offence* Kadang2 aku pun pakai gak tudung singkat. Sampai satu tahap aku pakai tudung bawal balik. Tapi aku tak pin hujung tudung tu kat bahu. Aku biar je hujung tudung tu terjuntai ke bawah dan aku pin kan supaya kemas. 









Ya ALLAH, engkau jadikan aku Muslimah yang sejati. Amin..

Alhamdulillah..

Its seem i have to make a move..
Alhamdulillah, ALLAH make it easier..
HE give me chance and way.
I have to go through a new environment and of course a new Boss.
InsyaALLAH, i will adapt that "new".












Hadapi semua nya dengan senyuman..
Semua akan baik2 sahaja.
ALL is WELL.. :)

Wednesday, October 5, 2011

kenapa jadi begini.

Sibuk

Penat

Kengkangan waktu.

Hambatan kerja.

Tido.

Tidak bernas.

Kurang kreativiti.

Itu semua antara punca kenapa blog ini berdebu.. maaflah ye..












:)

Wednesday, September 28, 2011

WW

Wordless Wednesday



Tuesday, September 27, 2011

DIA Maha Mendengar



Kadangkala kita tak sedar bahawa ALLAH sedang kabulkan permintaan kita.
Seperti contoh:
Hari ini ko g kerja naik skuter sebab ko tengok cuaca pagi tu baik secerah mentari yang menyinari.
Engko pun sampai ke pejabat dan menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja berdedikasi.
Namun sebelum jam 4 petang, engko lihat awam menghitam dan menunjukkan awan mahu memuntahkan air hujan dan seraya itu hujan pun turun dengan lebatnya.
Hati kecil ko berdoa "Ya ALLAH, macam mane aku nak balik ni? Hujan.. Harap2 pukul 5 nie berhentilah hujan ye"
Dengan tak semena-mena, hujan berhenti sebelum sempat jarum jam menunjukkan jam 5..
ALLAH dengar permintaan ko.
ALLAH dengar rintihan ko.
ALLAH tahu ko susah hati.














Sesungguhnya ALLAH maha mendengar. :)

Sunday, September 25, 2011

Baju Kurung by Designer

Hi All..
Korang pernah tak bermimpi nak pakai baju kurung atau kebaya ke, kaftan ke yang direka oleh designer2 tempatan?
Aku pernah. Aku baru lepas tonton rancangan favourite aku iaitu Safiyya. Every sunday aku tak pernah miss tengok rancangan ni. Kalau aku terpaksa miss sekalipun, aku akan tengok via tonton.com.my.
So, salah satu segmen dalam Safiyya minggu ni mengetengahkan koleksi daripada seorang pereka fesyen tersohor tanah air iaitu Rizalman.
Boleh meleleh air liur tengok k..
Tetibe macam dapat idea nak buat baju kurung sepasang untuk becoming Hari Raya Haji nanti..
Cutting die simple je but yet exclusive..



Amacam? Comel tak?
Simple kan?
Polkadot! hehhehe. Mak saya cakap, "corak butir sagu"
Ada satu lagi design yang really capture my eyes.


Sangat cantik dan menarik sehingga meleleh air mata melihatnya..
Kalau untuk acara akad nikah, ok tak?
hahahhaha..perasaan Bridezilla kembali..




































nakkumpulduitbanyakbanyak. "hiks"

Monday, September 19, 2011

Yang ke 100. Finally, i'm engaged!:)

Keliru dengan tajuk diatas?
Biar saya huraikan..
Ini merupakan entry saya yang ke 100. (gile sikit kan.. orang lain beribu2 tak kecoh kot. hehhehe)
dan hari ini sudah 13 hari saya jadi tunangan orang. :)



nanti story the detail k..










:)






Saturday, September 17, 2011

Rindu



Hi Belog!
saya rindu kamu..
Maaf sekiranya selama ini saya telah mengabaikan awak..
Saya akan cuba untuk memberi perhatian kepada awak ye..
Saye sayang belog saya yang bucuk ini..
hehhehehehe..











Love in the air.. :)

Tuesday, July 19, 2011

Cabaran 30 hari versi Cik Ezy


Ni Sticky Mode Entry
Saje mencabar diri untuk membuat cabaran ni
Cabaran 30 hari ini akan bermula pada hari ini
20/6/2011 until 19-7/2011
insyaALLAH jika dipanjangkan usia dan tiada halangan

so, cabaran-cabarannya adalah....


day 8 - pergaduhan paling terok yang pernah anda alami


day 9 - perasaan anda hari ni


day 10 - hari ke 10.. apa yang berlaku?


day 11 - gadjet yang anda ada


day 12 - apa yang ada dalam beg mekap anda


day 13 - apa yang ada dalam beg duit anda


day 14 - perkara menarik yang anda lakukan hari ini


day 15 - kalau dapat RM1juta, apa yang anda buat dengan duit itu?


day 16 - guru sekolah anda yang paling anda suka


day 17 - gambar bilik idaman anda


day 18 - benda paling mahal yang anda pernah beli dengan duit sendiri


day 19 - jenis manusia yang menarik perhatian anda


day 20 - hari ke 20.. apa yang terjadi?


day 21 - benda yang anda wajib bawak bila keluar rumah


day 22 - tarikh tarikh penting dalam hidop anda


day 23 - dream wedding


day 24 - tempat yang paling anda gemari untuk makan


day 25 - makna disebalik link blog anda


day 26 - 15 fakta tentang anda


day 27 - makanan dan minuman kegemaran anda


day 28 - hobi anda


day 29 - siapa anda 10 tahun akan datang?

day 30 - hari ke 30.. apa yang berlaku?


bagus jugak join cabaran ni sebab secara automatiknya, kite akan ada idea untuk update blog hari2..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
chaiyok!

Wednesday, June 29, 2011

day 7 - tiga perangai baek anda

Alaaa.. Kenape tiga je? byk2 takleh ke? perasaan baik betul aku nih..

Tiga perangai baek aku adalah:

1) Senyum
Ye, aku suke senyum. Aku akan senyum kat semua orang yang aku tengok dan tengok aku. Entahlah kenapa. Aku akan senyum kat orang walaupun aku tak kenal sape die. Tak kira lelaki dan perempuan, aku akan senyum.
Tak kira tua muda, aku akan senyum. Tak kira melayu, cina, india, iban, melanau, orang putih, semua aku senyum. Tapi jangan salah sangka ya, aku senyum bukan nak mengorat. Aku senyum bukan senyum sindir atau senyum sinis. Aku senyum ikhlas. Bak kata mak aku, biar muka kita ada "ismu senyum" aku pun tak faham apa yang dimaksudkan dengan "ismu senyum". Takpe la, senyum tu kan satu sedekah. Walaupun kitak tak berharta nak sedekah harta kita, tapi kita mempunyai senyum yang takkan luak untuk kita sedekah kan.
*pssstttt... aku tak kisah kalau orang tak balas senyuman aku, senyuman aku takkan luak. :)


2) Terima kasih
Ye, aku mempunyai satu simpton dimana aku gemar mengucapkan "terima kasih" / "thank you".
Kalau aku pergi kedai, aku akan ucapkan terima kasih kat tokei kedai tu selepas dia masukkan barangan yang aku beli dalam beg plastik. Kalau diikutkan, tuan kedai la yang patut ucap terima kasih kat aku sebab aku dah melariskan barang kedai die kan? Tapi takpe, tak luak pun. :)
Dulu time kampus, aku selalu naik bus komuter yang disediakan dalam kampus. Kalau aku turun ikut pintu depan kat sebelah driver, aku akan ucap terima kasih kat driver tu sebab dah bawak aku selamat sampai ke tempat yang aku nak tuju. Kadang2 kawan aku naik pelik dengan tebiat aku ni sebab dia kata, tu memang kerja dia bawak bus. Tapi bagi aku, dia berhak menerima ucapan terima kasih supaya dia rasa dihargai walaupun kerja sebagai pemandu bus.

3) Tangan kanan
Seboleh nya, aku akan menerima atau menghulurkan sesuatu dengan tangan kanan. Sebab aku rasa rude bila gune tangan kiri. Tapi bila dalam sesuatu masa yang menyebabkan kita terpaksa menggunakan tangan kiri (sebab tangan kanan kene bawak barang atau pegang sesuatu) aku akan cakap mcm ni (maaf ye, gune tangan kiri)















:)

day 6 - tiga perangai buruk anda



Tiga perangai buruk aku:

1) Tido mesti byk bantal dan i'm prefer use fan other than air conditioner

2) I am coffeeholic! yes, i'm try to reduce it.

3) Tidak akan tenang selagi sesuatu perkara tu tidak dilakukan. Contohnya: Bila aku dah nak tido dan dalam keadaan mengantuk yang amat sangat, tetiba aku rasa haus dan ingin minum, toleh2 kat singki ada pinggan mangkuk yang belum bercuci. Aku memang pantang bab2 ni. Jadi, dengan kemamaian yang melampau, aku gagahi jugak cuci pinggan mangkuk tersebut. Teruk tak? kalau aku tak cuci, memang aku takleh tido. terbayang2 pinggan mangkuk dalam singki tu..

















buruk tak?

day 5 - status anda? Relationship anda?

Status anda?
kalau isi mana2 borang, bile isi part status, masih lagi tulis BUJANG.


Relationship anda?
Aku tak tahu. :'(

day 4 - benda yang anda buat bila sorang sorang

Bila sorang-sorang, aku suka memerhatikan gelagat orang disekeliling aku.

Kalau takde orang, aku akan berangan. Tapi aku rasa bukan berangan sangat pun, cuma lebih kepada merancang masa depan. Aku selalu berfikir apa yang akan berlaku pada diri aku 5 hingga 10 tahun akan datang.
Kadangkala, timbul rasa risau jika apa yang direncana /diangankan  tidak kesampaian. Namun kita sebagai hambaNYA, hanya mampu merancang namun semuanya DIA yang tentukan.

Kalau sorang-saorang, selalunya aku akan memuhasabah diri. Aku akan flash back balik apa yang dan berlaku dalam hidup aku sebelum ni. Lagi2 untuk sesuatu peristiwa yang besar. Kalau peristiwa tu tak baik, aku akan rasa diri aku ni jahat sangat. Kalau perkara yang baik, aku rasa mcm tak sangka aku boleh buat perkara tu.

Tu lah kan, kadangkala kita harus bersendirian/sorang-sorang sebab waktu2 bergini lah kita akan melihat siapa diri kita yang sebenarnya.















:)

Wordless Wednesday--- Gebu dan Lembut



Hutang cabaran



Fuh. Banyak wei hutang2 post yang belom terlunas.
Sebab?
Aku cuti since khamis lepas.
Pastu, balik ofis hari isnin, kerja melambak.
Takpe2, aku akan qada' kan entry2 cabaran 30 hari aku k.
















chaiyok!

Wednesday, June 22, 2011

Blog aku takde pape weh!!

aku tak tau la sumber ni boleh dipercayai atau tak..
ade jugak orang nak hack blog aku yang takde ape2 ni..
menurut satu sumber, blog aku adalah dikalangan ribuan blog yang akan di hack oleh hacker..
ntah ape2 la diowang ni.. takde kerje kot..


korang nampak tak??
nak check jugak?

meh/click sini...

kalau dah juling mate nak tgok satu2.. click Ctrl + F dan taip url blog korang keh..









Owh ye, nak kredit kat Zie sebab bagitau kat readers pasal perkara ni.
Hackers yang heck!

Day 3 Benda yang selalu anda buat sebelom tido

Day 3 Benda yang selalu anda buat sebelom tido

Sebelum tido, aku tak pernah menghasilkan apa2 benda.
Tapi yang sering melakukan beberapa perkara sebelom tido.
antaranya adalah:

1) Pakai bedak
Bedak?? yes, berbedak sebelum tido adalah kegemaran aku yang paling pelik. Bukan bedak muka k..
Lumur2 bedak macam baby.. dan yang paling memelikkan adalah, aku akan pakai baby.. dan bedak yang paling aku suke pakai adalah..Carrie Junior warna hijau..


Aku suke bile tido wangi2..dan sebenarnya, aku suke bau budak.. that's why aku suke pakai bedak budak2..
Tapi yang tak best nye..bile cium bedak ni selain time tido, kompom aku akan feeling2 nak tido.. hahahhaha


2) Minum air kosong.
1 lagi perkara yang aku akan buat bile nak tido adalah aku akan minum air kosong segelas. Kalau orang lain sibok minum susu la. milo la tapi aku minum air kosong je sebab aku mengandaikan aku akan dahaga time tido. Yela..nanti tido mimpi kene keja ngan anjing, kan penat n haus.. tu belom lagi mimpi marathon merentas desa..hahahhaha..

3) tepok bantal
Sebelom tido, aku suka tepok bantal. semua bantal aku tepok.. FYI, katil aku ni queen size tapi aku tak tido tengah2. aku ambik side tepi je, dan aku letak bantal on the other side.. bantal tu pun aku bantai tepok gak.. tak tau nape. habit kot..

4) facebook
Sebelom terlelap, aku akan check fb dan tengok status2 kawan2 ku dalam fb.. selalunya time2 camney la aku akan tengok status emo2 kawan2.. pastu aku akan gelak sorang2.. sampai abah aku akan ketok pintu bilik sebab dia ingat aku dah jadi gila sebab gelak sorang2.. (tapi sebenarnya, aku tgok fb cume nak tgok sekiranya ada sesuatu yang miracle berlaku :'(     )


5) Baca ayat lazim
wahh!! skema tol! takde la.. aku cume baca al-fatihah, 3 Kul, ayat kursi dan selawat. Yela.. sebagai pendinding diri.. Kalau nak tahu, santau atau sihir akan datang selalunya time2 tido.. Nauzubillahiminzalik... Semoga kita terhindar dari perkara2 sihir ni.. amin..










6) TIDO!!! zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Wordless Wednesday--- malu~~~



Tuesday, June 21, 2011

day 2 - movie yang paling best pernah anda tonton

Day 2- Movie yang paling best yang pernah aku tengok.

Ok, ni bukan setakat best bagi aku, tapi yang paling bermakna buat aku.
Aku tonton cerita ni pada 2 Ogos 2008 bersama dengan orang yang sayang dan cinta
Namun semua tinggal kenangan.
nak tau filem apa?



Yes! Filem Sepi..









:'(