Nak dijadikan cerita, pagi tadi Fafau hangitkan seorang budak politeknik nie. Mule2 si Fafau tu tye bile birthday budak ni. So, die jawab la 26/10/1993.. So kebetulan birthday die tahun ni sama dengan Depavali. Oh ye, dalam panggilan hangit ni, si Fafau jadi Achie (Makcik India). Dengan slang India yang pekat, die kenakan budak ni.. hehehhehehe.. So, si Fafau ni bagitau la yang budak tu layak untuk masuk satu pertandingan menyanyi sebab birthday dia jatuh pada hari Depavali dan hadiah utama nya adalah melancong ke China. Si Fafau ni suruh la budak tu test suara dulu dan Fafau suruh die nyanyi.
Fafau: Adik, boleh nyayi sikit tak?
Adik tu: Tak ingat lirik la kak..
Fafau: takpa2.. sikit saja.. Kakak mau dengar
Adik tu: ermmmm...
"Politeknik adalah warisan kita
Membekal tenaga bidang teknikal
Bersama membina kemajuan negara
Malaysiaku tercinta"
Fafau: Eh..Lagu apa tu adik??
Adik tu: Lagu Politeknik kak.. saye belajar politeknik..
Fafau: Politeknik? very good school..
Time ni aku ngan adik aku dah ketawa bagai nak gila dalam kereta...
Huh, sangat luar biasa "sense of belonging" budak ni terhadap tempat dia menuntut ilmu..
Kagum aku.. beribu-ribu lagu yang hit dalam industri die tak tau. Tapi lagu politeknik dia tau..
hehehhehehe.. salute dengan budak tu.
Betul la, kalau kita ada rasa "kepunyaan" terhadap sesuatu, kita akan ingat sampai bila-bila..
Rindu nak nyanyi lagu ni..
Menara Ilmu
Universiti Sains Malaysia
Menara ilmu tercinta
Jadi tumpuan antarabangsa
Untuk segala cita-cita
Menara ilmu tercinta
Jadi tumpuan antarabangsa
Untuk segala cita-cita
Berinovasi, berteknologi
Berwawasan, berkualiti
Biar usaha kami bersemi
Hasrat nyala berseri
Berwawasan, berkualiti
Biar usaha kami bersemi
Hasrat nyala berseri
Rindu USM
No comments:
Post a Comment