Para Pengikut.. :)

Sunday, October 16, 2011

Hijrah

Hijrah.
Boleh jadi baik kalau positif.
Boleh jadi tak baik kalau negatif.

Tadi aku tonton rancangan kegemaran aku n mak aku. Saffiya.(TV9 dihatiku)
Episod kali ini mengupas isu muslimah dari yang tak pakai tudung kepada yang pakai tudung sekarang.
Artis yang diketengahkan adalah Erma Hasmi dan Diana Amir.
Alhamdulillah, Allah buka pintu hati diorang untuk pakai tudung.
Syukur Alhamdulillah jugak ALLAH buka pintu hati aku dan beri aku hidayah untuk pakai tudung.

Ye, dulu aku memang tak pakai tudung. Zaman kampus aku, aku tak pakai tudung. Aku tahu berdosa sebab aku dulu skolah agama (tahu hukum hakam agama, namun jadi produk tak jadi sekolah agama). Aku sekolah agama sampai form 3 je. Lepas tu la aku tak pakai tudung. Konon nak bergaya. Konon nak up to date. Tapi aku tak pakai baju seksi meksi. Aku brutal dulu.. cheh... Hampeh.

Waktu kat kampus, aku pakai baju sempoi2 je.. mane nak korek duit beli baju mahal2. Petang aku buat part time kat Tesco Extra Sungai 2 (korang bleh agak kot aku study mane dulu). Kalau ada kelas hari jumaat, aku pakai baju kurung ngan pakai selipar jepun. Memang sebijik macam mak cik kafe desasiswa aku. hehhehe..
Tapi budak2 suke kawan ngan aku. (cheh, perasan pulak aku kan). Tapi itulah aku.

Sehingga sampai aku nak konvo, aku g jalan2 kat tapak konvo. Time tu aku belum turn aku konvo lagi. Aku konvo hari keempat. Aku jalan2 dengan member aku. Tetiba aku rasa nak pakai tudung. Yes, tudung pertama aku beli adalah tudung warna oren, kat tapak konvo, pada 12 sept 2009. Aku pakai tudung tu pada hari bersejarah aku. Serius, semua coursemate aku tak kenal aku. Time Q nak ambik no giliran, semua course mate aku dok tengok2 aku. Last2 dah tenung lame sikit baru kenal aku. Hampeh betul kan.. hehhehee.. Sampai mamat coursemate aku cakap, "kalau la ko pakai tudung dulu2 lagi, memang aku dah couple dah ngan engko Mie" Aku tahu diorang suke melawak.

Dan semenjak itulah, aku maseh kekal bertudung sehingga sekarang. Alhamdulillah.. Allah itu Maha Penyayang. DIA akan bukak kan hati sesiapa pun yang DIA kehendaki.

Oh ye, Diana Amir adalah course mate aku. Die kire senior aku la tapi kiteorang grad sekali. Tapi time convo 2 tahun lepas die tak datang. Ade member aku cakap, die ada shooting. Dan di kampus, kite orang tak panggil die Diana, kiteorang panggil die Dodie.

 Ok, ni gambar aku time tak pakai tudung lagi.. Amacam, sempoi tak aku g kelas? siap leh main snap2 lagi dengan Lecturer yang comel dan disayangi ramai. hehhehe.


 With Nurizana Binti Mohd Desa. Time dalam dewan "keramat". Meremang bulu roma time ni tau. Sebab tak sangka dah tamat rupanya aku studi kat sini. Sebak.



 Muke aku lagi kot.. Maaf lah ye, muke agak sememeh sikit banyak.. Maklumlah, baru belajar pakai tudung balik.. 


Dalam ramai2 manusia kat dalam gambar ni, ada seseorang disitu merupakan ex aku.. miahahaha.. siap suruh aku pakai tudung lagi kalau nak jumpe mak die. Mungkin doa die jugak kot yang menyebabkan aku pakai tudung. Tapi time konvo ni, aku dah break pun dengan die. "Awak, alhamdulillah, saye sekarang dah pakai tudung. :)"



Sumber dari NEDA

Ye, aku nak pakai tudung macam ni. Sumpah aku nak. Aku tak kisah orang nak cakap aku macam makcik ke, ustazah kelas fardu ain ke, ustazah pilihan ke..AAK?
Aku kadang2 rasa macam pelik sikit bile pakai tudung tapi tak tutup dada. *no offence* Kadang2 aku pun pakai gak tudung singkat. Sampai satu tahap aku pakai tudung bawal balik. Tapi aku tak pin hujung tudung tu kat bahu. Aku biar je hujung tudung tu terjuntai ke bawah dan aku pin kan supaya kemas. 









Ya ALLAH, engkau jadikan aku Muslimah yang sejati. Amin..

4 comments:

Redbloodsnow said...

kacak tudung gya yunk. who cares org nk pdh apa. tutup dada bah. ya nang di tuntut ALLAH :)

alinac lover said...

alhamdulillah :) pakai tudung kan comel~ menutup aurat

mimie kamisah said...

Zie: Kacak o.. Harga nya pun kacak juak aie.. hehhehehe.. mintak abang tunang beli k polah hantaran la.. hehehhehe.. ok sik?

mimie kamisah said...

YOng:Alhamdulillah.. :)