*PERHATIAN*
Semua yang bakal aku nak utarakan selepas ini adalah pandangan peribadi semata2.
Tiada niat untuk mengkondemkan hasil karya seni orang lain.
Diulangi... PANDANGAN PERIBADI okkkkk...
Drama yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini NORA ELENA sering mencuri tumpuan masyarakat.
Apabila masuk ke ofis, selain daripada gosip2 ofis, drama ini sering menjadi topik perbualan diantara rakan seopis.
Apabila drama ini melabuhan tirai nya semalam, ini yang aku dapat katakan mengenai drama NORA ELENA ini.
1) Macam sedikit pelik bila si Nora ni beria2 nak bimbing dan menunjukkan contah sebagai umat Islam dengan tidak meninggalkan solat dihadapan suami nya si Seth namun masih mengenakan skirt pendek. Kalau labuh pun, mesti ketat dan terdedah. ~aku tak faham pendekatan apa yang cuba si Nora ni sampaikan~
2) watak Nora yang dimainkan oleh Siti Saleha dalam drama ni boleh dikatakan gagal sebabbbbbbbbb...
kita digambarkan bahawa si Nora Elena ni berasal dan dibesarkan di kampung. Namun cara hidup dan slang dia bercakap mcm orang bandar yang dibesarkan dalam suasana enggeris.. Nora pun tak menunjukkan bahawa die mesra dengan mak dan bapak die.. kaku semacam.
3) Pada mulanya kita didedahkan bahawa si Yvonne tu chinese.. namun bila diperhatikan, sekali je die cakap kantonis itupun dalam telefon bila si Seth suruh die cancelkan meeting. Si Wan Sharmila ni dah ok dah dalam bab2 berpakaian..die boleh dikatakan Amoi la.. tapi, dia cakap langsung takde slang cina.. hurrrmmmmm...
4) Bile time ending..macam tergantung pulak drama ni. Macam mane aku boleh cakap cite ni tergantung? meh tengok ni....
i) Eid
Selepas kita diberitahu bahawa Eid kerja kat Qatar, perihal mengenai beliau terus senyap.. takde khabar berita langsung sedangkan pada permulaan drama ni beliau adalah hero utama sebelum kedatangan Seth.. ~Tergantung~
ii) Yvonne
Selepas kene tahan dengan polis, kite semua terpinga2 kerana kite tak tahu Yvonne ni kene penjara atau ditahan di wad sakit jiwa.. ~terpinga2~
iii) Inspektor Amir
Pun kite tak tahu jugak.. betul ke die ni dah kawen sebab die pernah bagitau kat Dilla die dah kawen dan ada anak. Tak tau la kalau die nak uji si Dilla je.. Aku expect die akan bercinta dengan Nilawati.
iv) Dilla
Housemate merangkap bestfriend Nora dalan drama ni. Pun kita tak tahu siapa gerangan yang akan jadi kekasih die.. tapi aku nak sangat die akan bercinta dengan Malek
v) Malek
aku suke tengok die ni.. heheheheh lawak. Dalam 2 episod terakhir, die nak try staff baru tu kan.. tapi aku nak die bercinta dengan Dilla boleh?? hahahhaha.. ~pun takde penghujung~
vi) Zira
Ok, aku tau dia sambung study kat UITM
vii) Adik Seth
see..aku pun tak ingat nama die sebab die cuma muncul 2 3 kali je.. tu pun time Nora n Seth kawen n flash back time diorang masih dok kampung dulu..
ix) Abang Nora
Ni pun aku tau nama dia Along kalau tak silap. Ni pun muncul time Nora kawen
x) Nilawati
Dengan tiba2 watak ni muncul entah dari mana. Aku tak faham kesinambungan nya disini.. huhuhuhuhuhuhu
hurrrmmmmmmm....dengan kata lain, aku tak berkenan dengan ending die semalam.. wassalam.
Next!!
10 comments:
:)..betul2..kmk setuju.ending x mcm pa yang kmk mok,bnyak yg tergntung, bagi adeng mun ceta tok ikut jak dalam novel, mesti best lagik.lebih touching gik.tol sik memey?
Stuju.. stuju ngan fakta yg disenaraikan hehe.. Byk sangat percanggahan dan kepelikan watak si nora :P
Adeng: kmk sik pernah baca novel ya.. so, kmk sik tauk giney ending yang sebenar.. tapi, kmk mengharapkan ending nya untuk semua orang. Bukan di fokus untuk Nora dan Seth ajakk..
wa khairul onggon: nang bena..mun kitak diberik kuasa untuk memilih pelakon, sapa yang kitak rasa kitak pilih untuk watak Nora ya wa?
sya tak sempat tgk
yong tgk semalam je hehehe
Misya: tengok kat tonton.com.my hehehehhehe.. :)
Yong: tengok hujung je ke Yong?
saya tgk episod akhir je. hehehe
kalo nk join cabaran 30hari 2 join la..
boleh je..
=)
Post a Comment