Alaaa.. Kenape tiga je? byk2 takleh ke? perasaan baik betul aku nih..
Tiga perangai baek aku adalah:
1) Senyum
Ye, aku suke senyum. Aku akan senyum kat semua orang yang aku tengok dan tengok aku. Entahlah kenapa. Aku akan senyum kat orang walaupun aku tak kenal sape die. Tak kira lelaki dan perempuan, aku akan senyum.
Tak kira tua muda, aku akan senyum. Tak kira melayu, cina, india, iban, melanau, orang putih, semua aku senyum. Tapi jangan salah sangka ya, aku senyum bukan nak mengorat. Aku senyum bukan senyum sindir atau senyum sinis. Aku senyum ikhlas. Bak kata mak aku, biar muka kita ada "ismu senyum" aku pun tak faham apa yang dimaksudkan dengan "ismu senyum". Takpe la, senyum tu kan satu sedekah. Walaupun kitak tak berharta nak sedekah harta kita, tapi kita mempunyai senyum yang takkan luak untuk kita sedekah kan.
*pssstttt... aku tak kisah kalau orang tak balas senyuman aku, senyuman aku takkan luak. :)
2) Terima kasih
Ye, aku mempunyai satu simpton dimana aku gemar mengucapkan "terima kasih" / "thank you".
Kalau aku pergi kedai, aku akan ucapkan terima kasih kat tokei kedai tu selepas dia masukkan barangan yang aku beli dalam beg plastik. Kalau diikutkan, tuan kedai la yang patut ucap terima kasih kat aku sebab aku dah melariskan barang kedai die kan? Tapi takpe, tak luak pun. :)
Dulu time kampus, aku selalu naik bus komuter yang disediakan dalam kampus. Kalau aku turun ikut pintu depan kat sebelah driver, aku akan ucap terima kasih kat driver tu sebab dah bawak aku selamat sampai ke tempat yang aku nak tuju. Kadang2 kawan aku naik pelik dengan tebiat aku ni sebab dia kata, tu memang kerja dia bawak bus. Tapi bagi aku, dia berhak menerima ucapan terima kasih supaya dia rasa dihargai walaupun kerja sebagai pemandu bus.
3) Tangan kanan
Seboleh nya, aku akan menerima atau menghulurkan sesuatu dengan tangan kanan. Sebab aku rasa rude bila gune tangan kiri. Tapi bila dalam sesuatu masa yang menyebabkan kita terpaksa menggunakan tangan kiri (sebab tangan kanan kene bawak barang atau pegang sesuatu) aku akan cakap mcm ni (maaf ye, gune tangan kiri)
:)
1 comment:
No 1 kita sama ehe :)
http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.com/
Post a Comment