Para Pengikut.. :)

Wednesday, June 29, 2011

day 7 - tiga perangai baek anda

Alaaa.. Kenape tiga je? byk2 takleh ke? perasaan baik betul aku nih..

Tiga perangai baek aku adalah:

1) Senyum
Ye, aku suke senyum. Aku akan senyum kat semua orang yang aku tengok dan tengok aku. Entahlah kenapa. Aku akan senyum kat orang walaupun aku tak kenal sape die. Tak kira lelaki dan perempuan, aku akan senyum.
Tak kira tua muda, aku akan senyum. Tak kira melayu, cina, india, iban, melanau, orang putih, semua aku senyum. Tapi jangan salah sangka ya, aku senyum bukan nak mengorat. Aku senyum bukan senyum sindir atau senyum sinis. Aku senyum ikhlas. Bak kata mak aku, biar muka kita ada "ismu senyum" aku pun tak faham apa yang dimaksudkan dengan "ismu senyum". Takpe la, senyum tu kan satu sedekah. Walaupun kitak tak berharta nak sedekah harta kita, tapi kita mempunyai senyum yang takkan luak untuk kita sedekah kan.
*pssstttt... aku tak kisah kalau orang tak balas senyuman aku, senyuman aku takkan luak. :)


2) Terima kasih
Ye, aku mempunyai satu simpton dimana aku gemar mengucapkan "terima kasih" / "thank you".
Kalau aku pergi kedai, aku akan ucapkan terima kasih kat tokei kedai tu selepas dia masukkan barangan yang aku beli dalam beg plastik. Kalau diikutkan, tuan kedai la yang patut ucap terima kasih kat aku sebab aku dah melariskan barang kedai die kan? Tapi takpe, tak luak pun. :)
Dulu time kampus, aku selalu naik bus komuter yang disediakan dalam kampus. Kalau aku turun ikut pintu depan kat sebelah driver, aku akan ucap terima kasih kat driver tu sebab dah bawak aku selamat sampai ke tempat yang aku nak tuju. Kadang2 kawan aku naik pelik dengan tebiat aku ni sebab dia kata, tu memang kerja dia bawak bus. Tapi bagi aku, dia berhak menerima ucapan terima kasih supaya dia rasa dihargai walaupun kerja sebagai pemandu bus.

3) Tangan kanan
Seboleh nya, aku akan menerima atau menghulurkan sesuatu dengan tangan kanan. Sebab aku rasa rude bila gune tangan kiri. Tapi bila dalam sesuatu masa yang menyebabkan kita terpaksa menggunakan tangan kiri (sebab tangan kanan kene bawak barang atau pegang sesuatu) aku akan cakap mcm ni (maaf ye, gune tangan kiri)















:)

day 6 - tiga perangai buruk anda



Tiga perangai buruk aku:

1) Tido mesti byk bantal dan i'm prefer use fan other than air conditioner

2) I am coffeeholic! yes, i'm try to reduce it.

3) Tidak akan tenang selagi sesuatu perkara tu tidak dilakukan. Contohnya: Bila aku dah nak tido dan dalam keadaan mengantuk yang amat sangat, tetiba aku rasa haus dan ingin minum, toleh2 kat singki ada pinggan mangkuk yang belum bercuci. Aku memang pantang bab2 ni. Jadi, dengan kemamaian yang melampau, aku gagahi jugak cuci pinggan mangkuk tersebut. Teruk tak? kalau aku tak cuci, memang aku takleh tido. terbayang2 pinggan mangkuk dalam singki tu..

















buruk tak?

day 5 - status anda? Relationship anda?

Status anda?
kalau isi mana2 borang, bile isi part status, masih lagi tulis BUJANG.


Relationship anda?
Aku tak tahu. :'(

day 4 - benda yang anda buat bila sorang sorang

Bila sorang-sorang, aku suka memerhatikan gelagat orang disekeliling aku.

Kalau takde orang, aku akan berangan. Tapi aku rasa bukan berangan sangat pun, cuma lebih kepada merancang masa depan. Aku selalu berfikir apa yang akan berlaku pada diri aku 5 hingga 10 tahun akan datang.
Kadangkala, timbul rasa risau jika apa yang direncana /diangankan  tidak kesampaian. Namun kita sebagai hambaNYA, hanya mampu merancang namun semuanya DIA yang tentukan.

Kalau sorang-saorang, selalunya aku akan memuhasabah diri. Aku akan flash back balik apa yang dan berlaku dalam hidup aku sebelum ni. Lagi2 untuk sesuatu peristiwa yang besar. Kalau peristiwa tu tak baik, aku akan rasa diri aku ni jahat sangat. Kalau perkara yang baik, aku rasa mcm tak sangka aku boleh buat perkara tu.

Tu lah kan, kadangkala kita harus bersendirian/sorang-sorang sebab waktu2 bergini lah kita akan melihat siapa diri kita yang sebenarnya.















:)

Wordless Wednesday--- Gebu dan Lembut



Hutang cabaran



Fuh. Banyak wei hutang2 post yang belom terlunas.
Sebab?
Aku cuti since khamis lepas.
Pastu, balik ofis hari isnin, kerja melambak.
Takpe2, aku akan qada' kan entry2 cabaran 30 hari aku k.
















chaiyok!

Wednesday, June 22, 2011

Blog aku takde pape weh!!

aku tak tau la sumber ni boleh dipercayai atau tak..
ade jugak orang nak hack blog aku yang takde ape2 ni..
menurut satu sumber, blog aku adalah dikalangan ribuan blog yang akan di hack oleh hacker..
ntah ape2 la diowang ni.. takde kerje kot..


korang nampak tak??
nak check jugak?

meh/click sini...

kalau dah juling mate nak tgok satu2.. click Ctrl + F dan taip url blog korang keh..









Owh ye, nak kredit kat Zie sebab bagitau kat readers pasal perkara ni.
Hackers yang heck!

Day 3 Benda yang selalu anda buat sebelom tido

Day 3 Benda yang selalu anda buat sebelom tido

Sebelum tido, aku tak pernah menghasilkan apa2 benda.
Tapi yang sering melakukan beberapa perkara sebelom tido.
antaranya adalah:

1) Pakai bedak
Bedak?? yes, berbedak sebelum tido adalah kegemaran aku yang paling pelik. Bukan bedak muka k..
Lumur2 bedak macam baby.. dan yang paling memelikkan adalah, aku akan pakai baby.. dan bedak yang paling aku suke pakai adalah..Carrie Junior warna hijau..


Aku suke bile tido wangi2..dan sebenarnya, aku suke bau budak.. that's why aku suke pakai bedak budak2..
Tapi yang tak best nye..bile cium bedak ni selain time tido, kompom aku akan feeling2 nak tido.. hahahhaha


2) Minum air kosong.
1 lagi perkara yang aku akan buat bile nak tido adalah aku akan minum air kosong segelas. Kalau orang lain sibok minum susu la. milo la tapi aku minum air kosong je sebab aku mengandaikan aku akan dahaga time tido. Yela..nanti tido mimpi kene keja ngan anjing, kan penat n haus.. tu belom lagi mimpi marathon merentas desa..hahahhaha..

3) tepok bantal
Sebelom tido, aku suka tepok bantal. semua bantal aku tepok.. FYI, katil aku ni queen size tapi aku tak tido tengah2. aku ambik side tepi je, dan aku letak bantal on the other side.. bantal tu pun aku bantai tepok gak.. tak tau nape. habit kot..

4) facebook
Sebelom terlelap, aku akan check fb dan tengok status2 kawan2 ku dalam fb.. selalunya time2 camney la aku akan tengok status emo2 kawan2.. pastu aku akan gelak sorang2.. sampai abah aku akan ketok pintu bilik sebab dia ingat aku dah jadi gila sebab gelak sorang2.. (tapi sebenarnya, aku tgok fb cume nak tgok sekiranya ada sesuatu yang miracle berlaku :'(     )


5) Baca ayat lazim
wahh!! skema tol! takde la.. aku cume baca al-fatihah, 3 Kul, ayat kursi dan selawat. Yela.. sebagai pendinding diri.. Kalau nak tahu, santau atau sihir akan datang selalunya time2 tido.. Nauzubillahiminzalik... Semoga kita terhindar dari perkara2 sihir ni.. amin..










6) TIDO!!! zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Wordless Wednesday--- malu~~~



Tuesday, June 21, 2011

day 2 - movie yang paling best pernah anda tonton

Day 2- Movie yang paling best yang pernah aku tengok.

Ok, ni bukan setakat best bagi aku, tapi yang paling bermakna buat aku.
Aku tonton cerita ni pada 2 Ogos 2008 bersama dengan orang yang sayang dan cinta
Namun semua tinggal kenangan.
nak tau filem apa?



Yes! Filem Sepi..









:'(

Monday, June 20, 2011

Day 1- Lagu yang anda dengar hari ini


Masuk je kereta kak emi pagi tadi, terus aku disajikan dengan lagu ni..
Lagu yang dikeudarakan d HotFM..
best lagu ni..
Sesuai sangat untuk orang yang dah buat salah kat pasangan dia..
padan muka!









sebebarnya, aku suka lagu "menyesal" by sixth sense.








Friday, June 17, 2011

Bersyukurlah.


Serius, aku menangis tengok video ni..
Bayangkanlah, umur sekecil 5 tahun dah duduk sorang dan berjuang untuk terus hidup dengan jual gule2 getah..
Kite sendiri dalam usia 5 tahun, apa yang kita tengah buat? Semua mak ayah kite buatkan untuk kita.. entah2 sedang enak minum susu..
Tapi dia ni? dah ada kat jalanan ok...berjuang dan beusaha bagaimana nak teruskan hidup.. time kite sonok2 tido atas tilam walaupun kadang2 tak berapa nak empuk, die tido kat mane2 tempat kat luar tu..
Sumpah! aku tak dapat bayangkan..
Aku kagum kat dia, walaupun susah, die tak pernah menyerah kalah dalam meneruskan hidup die..
Dia yakin yang dia mampu merubah segalanya.
Dia yakin akan bakat yang tuhan kasi kat dia.
Allah tu Maha Adil, Dia bagi kekurangan sebegitu rupa kat dia namun sebaliknya dia kasi juga bakat yang boleh mengubah nasib dia..

Oleh itu, kalau kita rase kita susah, ingat, kat luar tu lagi banyak orang yang lebih susah dari kita..
Kadang2, Allah tak kasi kita susah tu saja2.. tentu ada yang Dia rencana untuk kita.
Lagipun, Allah tidak akan membebankan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu nak tanggung.. Allah tu kan Maha Pengasih..

Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
Apa yang kita ada itu adalah yang terbaik untuk kita.
Walaupun kita dilanda kekecewaan yang kita rasa berat untuk ditanggung, ingat! itu semua Allah rencanakan untuk kita. Allah nak tunjukkan sesuatu untuk kita.
Menangislah sepuasnya bila kita rasa nak nangis, lepas itu, tadahkan doa kepadaNYA..

Ye, aku mengalami kekecewaan sejak kebelakangan ini.
Ye, memang aku menangis.
Bila reda..aku cuba positif kan fikiran.
Ini yang ALLAH rencanakan untuk aku.
Ini yang ALLAH berikan yang terbaik untuk aku.













ada genangan air mata ketika aku buat entry ni.
tabahlah wahai hati.. :'(





Ending Drama Nora Elena.

*PERHATIAN*
Semua yang bakal aku nak utarakan selepas ini adalah pandangan peribadi semata2.
Tiada niat untuk mengkondemkan hasil karya seni orang lain.
Diulangi... PANDANGAN PERIBADI okkkkk...


Drama yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini NORA ELENA sering mencuri tumpuan masyarakat.
Apabila masuk ke ofis, selain daripada gosip2 ofis, drama ini sering menjadi topik perbualan diantara rakan seopis.

Apabila drama ini melabuhan tirai nya semalam, ini yang aku dapat katakan mengenai drama NORA ELENA ini.

1) Macam sedikit pelik bila si Nora ni beria2 nak bimbing dan menunjukkan contah sebagai umat Islam dengan tidak meninggalkan solat dihadapan suami nya si Seth namun masih mengenakan skirt pendek. Kalau labuh pun, mesti ketat dan terdedah. ~aku tak faham pendekatan apa yang cuba si Nora ni sampaikan~

2) watak Nora yang dimainkan oleh Siti Saleha dalam drama ni boleh dikatakan gagal sebabbbbbbbbb...
kita digambarkan bahawa si Nora Elena ni berasal dan dibesarkan di kampung. Namun cara hidup dan slang dia bercakap mcm orang bandar yang dibesarkan dalam suasana enggeris.. Nora pun tak menunjukkan bahawa die mesra dengan mak dan bapak die.. kaku semacam.

3) Pada mulanya kita didedahkan bahawa si Yvonne tu chinese.. namun bila diperhatikan, sekali je die cakap kantonis itupun dalam telefon bila si Seth suruh die cancelkan meeting. Si Wan Sharmila ni dah ok dah dalam bab2 berpakaian..die boleh dikatakan Amoi la.. tapi, dia cakap langsung takde slang cina..  hurrrmmmmm...

4) Bile time ending..macam tergantung pulak drama ni. Macam mane aku boleh cakap cite ni tergantung? meh tengok ni....


i) Eid
Selepas kita diberitahu bahawa Eid kerja kat Qatar, perihal mengenai beliau terus senyap.. takde khabar berita langsung sedangkan pada permulaan drama ni beliau adalah hero utama sebelum kedatangan Seth.. ~Tergantung~

ii) Yvonne
Selepas kene tahan dengan polis, kite semua terpinga2 kerana kite tak tahu Yvonne ni kene penjara atau ditahan di wad sakit jiwa.. ~terpinga2~

iii) Inspektor Amir
Pun kite tak tahu jugak.. betul ke die ni dah kawen sebab die pernah bagitau kat Dilla die dah kawen dan ada anak. Tak tau la kalau die nak uji si Dilla je.. Aku expect die akan bercinta dengan Nilawati.

iv) Dilla
Housemate merangkap bestfriend Nora dalan drama ni. Pun kita tak tahu siapa gerangan yang akan jadi kekasih die.. tapi aku nak sangat die akan bercinta dengan Malek

v) Malek
aku suke tengok die ni.. heheheheh lawak. Dalam 2 episod terakhir, die nak try staff baru tu kan.. tapi aku nak die bercinta dengan Dilla boleh?? hahahhaha.. ~pun takde penghujung~

vi) Zira
Ok, aku tau dia sambung study kat UITM

vii) Adik Seth
see..aku pun tak ingat nama die sebab die cuma muncul 2 3 kali je.. tu pun time Nora n Seth kawen n flash back time diorang masih dok kampung dulu..

ix) Abang Nora
Ni pun aku tau nama dia Along kalau tak silap. Ni pun muncul time Nora kawen

x) Nilawati
Dengan tiba2 watak ni muncul entah dari mana. Aku tak faham kesinambungan nya disini.. huhuhuhuhuhuhu

hurrrmmmmmmm....dengan kata lain, aku tak berkenan dengan ending die semalam.. wassalam.



















Next!!

Monday, June 13, 2011

Entry untuk Cik Yong.. :)

Tadi Cik Yong baca entry aku yang bertajuk Mcm apa dah....
Cik Yong tak faham so sebagai kawan baru yang baik, aku sudi untuk tolong die translet kan..

Cik Yong, here you go...

aku sik suka na mun permulaan hari aku rasa down bodo mcm BALDI! aku malas nak nyumpah2 pagi2 jemat tok..sik bagus! 
- aku tak suke betul la permulaan hari aku down bodo mcm BALDI (sebenarnya aku nak cakap vavi) aku malas nak menyumpah pagi jumaat ni..tak baik.


aku rasa macam nak bertapok kat tempat yang sik ditauk orang.
-aku rasa aku nak menyorok je kat tempat yang orang tak tau.. *cik yong, bertapok is menyorok ye.. hehehhe*


sik pernah aku menyangka ada juak organisasi mcm ya..
- tak sangka ada jugak organisasi mcm ni...


apa la sak kita bersusah payah tapi orang lain yang menikmati hasil nya..
- ape lah gune kite bersusah payah tapi orang lain yang menikmati hasil nya..


patut la mak aku berbisnes. nya terok kerja tapi nya pun menikmati hasilnya..
-patut la mak aku berbisnes. memang la teruk kerje tapi sendiri jugak yang menikmati hasilnya..


sikpat jadi tok.
- tak boleh jadi ni..


harus carik backup plan aie..
-harus cari backup plan la..

sikpat terus mcm tok.
- tak boleh berterusan mcm ni..


ujung2 gila lak.
- nanti boleh jadi gila..


















mcm mane Yong, agak2 leh faham tak?
hehehhehehhe

Friday, June 10, 2011

macam apa dah....

aku sik suka na mun permulaan hari aku rasa down bodo mcm BALDI! aku malas nak nyumpah2 pagi2 jemat tok..sik bagus!
aku rasa macam nak bertapok kat tempat yang sik ditauk orang.
sik pernah aku menyangka ada juak organisasi mcm ya..
apa la sak kita bersusah payah tapi orang lain yang menikmati hasil nya..
patut la mak aku berbisnes. nya terok kerja tapi nya pun menikmati hasilnya..
sikpat jadi tok.
harus carik backup plan aie..
sikpat terus mcm tok.











ujung2 gila lak.

Thursday, June 9, 2011

sakit badan.

sakit badan mcm lekak training PALAPES jak..
macam pusing padang 13 kali..
macam rolling 4 pusingan..
macam pumping 175 kali..
pumping ya siap nuckle gik ya..
macam berlombak larian halangan 51 kali..
mcm embak log pusing padang kawad 4 3/4 pusingan...









mcmlah bena gilak..
tok baruklah dikatakan "byk garam"
tapi serius, badan ku nang sakit..
sik bulak..

encobo-encobo satu duak tigo (dengan erti kata lain, testing-testing 1 2 3)




Kacak sik?
Bukan muka aku ngek..
watermark ya sebenar nak di so ku ngan kitak orang..
thank to Nadia..
Nya polah k aku free k..sebab aku pernah request ngan nya before Jun 2011..
:)










:)

Rasa cepat kenyang.



Tek makan kaya ball 4 igek alu rasa kenyang..
Sebenarnya aku ada embak bekal tek..nasi goreng.. tapi lom di makan sampei kinek tok.
kenak owh?
perasaan aku jak ka kenyang ya?
ka aku susah hati n patah hati?
bingong ku ngan dirik ku pun..
anyway, bila polis bukak owh? (aku tauk soalan aku tok sikda kaitan ngan tajuk entry)
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+

Hari PErtama

waaaahhhhhh...
lamak dah aku sik update blog eh..
Bukan aku sik bukak pun aku pun blog tok..
bukak pun aku gago baca blog orang tapi blog dikpun dah sik kedak blog orang gik idup.
Terlalu byk yang berlaku kebelakangan tok..
Sepatutnya makin banyak yang berlaku makin banyak la modal mok di polah entry nak?
Tapi, sik semua perlu aku cerita dalam tok nak..

coba tgga.. mesti perenggan pertama aku sik da kenak mengenak ngan tajuk enrti aku..
bongok na eh..

aok, aku nak madah.. ritok aku ada makei sesuatu yang baru..
baruk jak sampei marek..
aku mok ngga, ok sik mun aku makei..
mun ok, lak aku reveal apa yang aku pakei..
hahahhahaha..

*kenak aku rasa entri aku sik best owh? aku perduli apa.. Blog aku, sukati aku!

+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
:)