Hari sabtu hari untuk korang dating, hari ahad untuk korang ngan famili korang. Tapi bagi aku, hari2 aku ngan famili aku. Ye la.. since jauh dimata dan jauh dihati ni, aku keluar ngan mak ayah aku untuk hilang kan rasa bosan yang membelenggu diri. hehehehe ayat skema tak leh blah! nie la aktiviti aku hujung minggu. Kalau di semenanjung pasar ni orang panggil pasar tamu. Tapi kalau di kuching, kite orang panggil pasar minggu satok. macam2 yang ada kat sini. Aku ni boleh dikatakan tahu selok belok dan muka2 orang yang berniaga kat sini. Mana tak nya, setiap minggu aku temankan mak n abah aku g sini. Mesti korang cakap aku takde life kan.. Tak pe, aku tak marah..
Bila kita melihat sesuatu yang luar biasa, kita akan kejakunan sebentar. itulah yang terjadi kat kiteorang. Klau buah nangka memang kita selalu tengok buah tu besar. Tapi ape jadik kalau buah cempedak yang besar daripada saiz biasa? terus jakun! antara orang yang jakun itu adalah adik dan abah aku.. siap suruh aku snap lagi...



No comments:
Post a Comment