Para Pengikut.. :)

Friday, October 28, 2011

Jumaat + Hujan = Mencabar!

Huuuuuuuuaaaaaaarrrrrrgggggghhhhhhh.........
Malas gila nak bangun subuh pagi tadi..
Hujan memang menggoda oh.
Usai solat subuh rasa nak peng balik tapi..
No...no.. nanti terlate pulak nak g kerja.
Maklumla hari hujan memang jalan akan sesak.
Semua orang akan bertindak super berhati-hati bila memandu dalam hujan.
Keputusan nya, kereta pun slow je.
Anyway,
Assalamualaikum everybody!
Good Morning!
Happy working Day!
Thankz God It Friday!!! (TGIF)







Till then. Take Care. *l.o.v.e*

Thursday, October 27, 2011

Nurbasirah Binti Wahed

Semalam 26/10/2011.
Hari jadi yang ke 15 adik aku yang bongsu.
Semoga panjang umur, berjaya dalam pelajaran dan dimurahkan rezeki.
Jangan sebok nak bercintan cintun dulu k.
Jangan malas buat kerja rumah.


Sambut sekali dengan birthday mak.. Buat kecik2 je..

Kisah Breakfast Anda

Sarapan pagi adalah sangat penting sebenarmya.
Namun ada dikalangan kita tidak suka makan sarapan pagi kerana mengandaikan nanti mereka akan sakit perut dan akan "berry" atau bahasa kasarnya berak.
Hello, berry tu sihat ok.. dia buang segala macam toksin dan benda alah yang tidak diperlukan dalam badan kita..
Aku memang spesis manuasia yang takkan skip breakfast. Walau selewat mana pun, aku akan tetap bersarapan walaupun hanya dengan air nescafe panas sahaja. Janji aku breakfast.
Kalau dah lambat sangat, aku dan adik aku akan bersarapan dalam kereta.
Antara menu yang kita orang pernah baham makan adalah
1. Meggi kari plus telur. (memang layan la. Lagi2 time jalan tengah jam) hahahhaha
2. Bubur nasi plus ayam. (letak dalam tupperware besar dan ngap!)
3. Kuih muih
4. Kacang cornflake (konon nak western.. pelik. Namun ini benar. Makan Kacang cornflake ni memang layan time sesak2 kat jalan raya)


5.
coklat. (sangat sihat ok.. hahahhahahahha)


6.
Kuih cincin. Yang nie memang sedap ho.. En. Tunang belikan dari KK.. Memang layan la makan kalau ada nescafe panas. hehehhehehe


Cume nasi lemak je kiteorang tak pernah makan dalam kereta. Nak try gak la nanti.
Oh ye, FYI, aku n adik aku sama tempat kerja. Gila bosan ok. HAri2 tengok muka die. BAlik umah pun muka die lagi.. apepun, she is great sister and driver too.





Korang pernah tak breakfast dalam kereta?





Till then. *love*

Wednesday, October 26, 2011

Kawan Blog Saya Miss Zie


Aku baca blog dia since aku studi kat USM lagi..
Setiap pagi aku akan bloghoping dan blog dia adalah salah satu blog yang selalu terupdate.
Dia ni blogger tegar okeh..
Selalu nya pagi-pagi cenggini ramai yang akan view blog die.
Sampai satu tahap, ratusan viewer akan hit kat blog die.
Namun apa yang berlaku pagi tadi memang di luar jangkaan.
Nak tengok apa yang di luar jangkaan itu?
Meh tengok nie..



Korang nampak tak? klik picture kalau kurang jelas ek..
"1 Eyes Blinks On Me".. for sure la aku kan..
Menang most of the reader Miss Zie nie orang semenanjungkan..
For Zie,
"Yunk, semua reader kitak gik tido.. kan ritok cuti Deepavali... Heehehehehhe.... "





Best na juak mun sik kerja aritok o.. dah la ujan.

Happy Dewali


Morning Peeps!
Hari ini Deepavali dan kami bekerja. *Nice*
Kami di Sarawak kerja ok..
Mane 1 Malaysia?? hurmmm..
Ape2 pun kerja tetap kerja.
Tanggungjawab harus dilaksanakan.
Dan tak kurang penting nya, gaji jalan.. hehhhehehhee
Ok lah, ti sambung lagi buat entry..
Nak sambung kerja jap..
Till then.





Happy Dewali. :)

Monday, October 24, 2011

what a lovely weekend. :)

Weekend nie macam2 yang berlaku kan?
Mostly dalam dunia sukan.
Kita digemparkan dengan kematian pelumba dari Itali di GP Sepang.
Dan yang paling gempar adalah kekalahan M.U ditangan M.C di gelanggang sendiri. *aku tak sokong mana2 pun*

Tapi yang paling lovely weekend ni adalah..
Tunang aku balik untuk weekend je.. ~weeeeehhuuuuuuuu~
From KK with love. ~hiks

Weekend yang penuh dengan bunge2 cinta.. hehehhee

Tapi die balik sekejap je..
Pagi sabtu datang, tengah hari ahad dah balik.
Nie la dugaan kalau tunangan kita jauh sebab kerja.
Tapi takpe, aku bersyukur jugak sebab dia jauh..
Boleh rindu-rindu.. dan fitnah manusia pun kurang..
Yela, kalau jauh takleh jumpe selalu.. sekali sekala je..
Kalau tunang aku kerja dekat sini, for sure la akan selalu jumpe kan..
dan fitnah pun akan selalu menimpa jugak..
Jadi aku lebih suke kalau jauh-jauh cegini.
Takde la nak berdua all the time..
Lagipun belum kawin lagi kan..
Kalau dah kawin, tak nak dok jauh2.. *mode:gatal* hahahhahaa..

Hari sabtu aku buatkan die laksa sarawak.
Satu periuk besar aku buat..
Berselera sungguh die makan.
Yelah, dari haritu dok ngiau2 nak makan laksa sarawak.
Pastu aku aku bagi kat family belah tunang jugak..

Tengah hari sikit, en.Tunang tolong aku buat popia sardin..
Sebab malam tu kat umah die ada mesyuarat untuk majlis perkahwinan adik die hujung Nov nanti..
so, aku tolong tambahkan menu..
Its was so happy when he around.. :)

Habis mesyuarat malam tu, dating kat umah till 1 a.m..
dua2 dah penat dan mengantuk.
Esok, lak pagi2 dah bangun untuk siapkan kacang cornflakes untuk En.Tunang bawa balik KK..
Dah lagi ahad tu hujan.. syok o kalau tido.. hehhehee
Tapi demi en.Tunang tersayang, aku buatkan jugak.. :)

"Setiap pertemua pasti ada perpisahan"
tu kata-kata en.Tunang bile aku cakap yang aku sedih sebab dia dah nak balik.
Airport will be the best and worse place ever. Kat situlah pertemuan berlaku dan di situ jugakla perpisahan terjadi..
His parents, his sister and me send him off yesterday.
When we leave, i'm text him "Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi"
tata Abang.. :)

Thursday, October 20, 2011

Facebook

Rindu nyer nak berfacebooking.. :(
Kat tempat kerja baru ni facebook kene block..
Nasib Blogger.com tak kene block..
kalau tak memang mati bosan dow..
Ape2 yang bebentuk chat pun tak leh gak..

Ade hikmah jugak kalau FB kena block..
Boleh la i rajin2 update blog..

Betul tak?

Sense of belonging

Pagi tadi dalam perjalanan ke office, aku dan adik aku seperti biasa akan tune hotfm. So, sesiapa yang biasa dengar Hotfm pagi2 akan disajikan dengan satu segmen iaitu "Panggilan Hangit".
Nak dijadikan cerita, pagi tadi Fafau hangitkan seorang budak politeknik nie. Mule2 si Fafau tu tye bile birthday budak ni. So, die jawab la 26/10/1993.. So kebetulan birthday die tahun ni sama dengan Depavali. Oh ye, dalam panggilan hangit ni, si Fafau jadi Achie (Makcik India). Dengan slang India yang pekat, die kenakan budak ni.. hehehhehehe.. So, si Fafau ni bagitau la yang budak tu layak untuk masuk satu pertandingan menyanyi sebab birthday dia jatuh pada hari Depavali dan hadiah utama nya adalah melancong ke China. Si Fafau ni suruh la budak tu test suara dulu dan Fafau suruh die nyanyi.
Fafau: Adik, boleh nyayi sikit tak?
Adik tu: Tak ingat lirik la kak..
Fafau: takpa2.. sikit saja.. Kakak mau dengar
Adik tu: ermmmm...
              "Politeknik adalah warisan kita
              Membekal tenaga bidang teknikal
              Bersama membina kemajuan negara
              Malaysiaku tercinta"
Fafau: Eh..Lagu apa tu adik??
Adik tu: Lagu Politeknik kak.. saye belajar politeknik..
Fafau: Politeknik? very good school..


Time ni aku ngan adik aku dah ketawa bagai nak gila dalam kereta...
Huh, sangat luar biasa "sense of belonging" budak ni terhadap tempat dia menuntut ilmu..
Kagum aku.. beribu-ribu lagu yang hit dalam industri die tak tau. Tapi lagu politeknik dia tau..
hehehhehehe.. salute dengan budak tu.
Betul la, kalau kita ada rasa "kepunyaan" terhadap sesuatu, kita akan ingat sampai bila-bila..
Rindu nak nyanyi lagu ni..

Menara Ilmu
Universiti Sains Malaysia
Menara ilmu tercinta
Jadi tumpuan antarabangsa
Untuk segala cita-cita
Berinovasi, berteknologi
Berwawasan, berkualiti
Biar usaha kami bersemi
Hasrat nyala berseri














Rindu USM

Wednesday, October 19, 2011

Tempat baru, tanggungjawab baru


Assalamualaikum..
Tempat baru, alhamdulillah setakat ni tidak membawa sebarang masalah...
mintak-mintak la sampai bila2 takda masalah ye.. hehhehehhe
Tapi laut mana yang tak bergelora kan?
Bumi mana yang tak ditimpa hujan?
InsyaALLAH, kalau ditimpa masalah sekalipun, semoga dapat menghadapi nya dengan tenang dan rasional.
Buat masa sekarang aku ditempatkan di Unit kewangan..
Aku bermula dari bawah.
Timba pengalaman sebanyak yang mungkin untuk bekalan di masa akan datang.
Aku tak kisah walaupun tak sepadan dengan kelayakan aku.
Siapa kita untuk berbicara soal kelayakan..
walaupun kita ada kelayakan, namun tiada pengalaman, kita tidak akan kemana2.












ok, nak sambung buat kerja jap.. :)
till then. Take care.

Sunday, October 16, 2011

Hijrah

Hijrah.
Boleh jadi baik kalau positif.
Boleh jadi tak baik kalau negatif.

Tadi aku tonton rancangan kegemaran aku n mak aku. Saffiya.(TV9 dihatiku)
Episod kali ini mengupas isu muslimah dari yang tak pakai tudung kepada yang pakai tudung sekarang.
Artis yang diketengahkan adalah Erma Hasmi dan Diana Amir.
Alhamdulillah, Allah buka pintu hati diorang untuk pakai tudung.
Syukur Alhamdulillah jugak ALLAH buka pintu hati aku dan beri aku hidayah untuk pakai tudung.

Ye, dulu aku memang tak pakai tudung. Zaman kampus aku, aku tak pakai tudung. Aku tahu berdosa sebab aku dulu skolah agama (tahu hukum hakam agama, namun jadi produk tak jadi sekolah agama). Aku sekolah agama sampai form 3 je. Lepas tu la aku tak pakai tudung. Konon nak bergaya. Konon nak up to date. Tapi aku tak pakai baju seksi meksi. Aku brutal dulu.. cheh... Hampeh.

Waktu kat kampus, aku pakai baju sempoi2 je.. mane nak korek duit beli baju mahal2. Petang aku buat part time kat Tesco Extra Sungai 2 (korang bleh agak kot aku study mane dulu). Kalau ada kelas hari jumaat, aku pakai baju kurung ngan pakai selipar jepun. Memang sebijik macam mak cik kafe desasiswa aku. hehhehe..
Tapi budak2 suke kawan ngan aku. (cheh, perasan pulak aku kan). Tapi itulah aku.

Sehingga sampai aku nak konvo, aku g jalan2 kat tapak konvo. Time tu aku belum turn aku konvo lagi. Aku konvo hari keempat. Aku jalan2 dengan member aku. Tetiba aku rasa nak pakai tudung. Yes, tudung pertama aku beli adalah tudung warna oren, kat tapak konvo, pada 12 sept 2009. Aku pakai tudung tu pada hari bersejarah aku. Serius, semua coursemate aku tak kenal aku. Time Q nak ambik no giliran, semua course mate aku dok tengok2 aku. Last2 dah tenung lame sikit baru kenal aku. Hampeh betul kan.. hehhehee.. Sampai mamat coursemate aku cakap, "kalau la ko pakai tudung dulu2 lagi, memang aku dah couple dah ngan engko Mie" Aku tahu diorang suke melawak.

Dan semenjak itulah, aku maseh kekal bertudung sehingga sekarang. Alhamdulillah.. Allah itu Maha Penyayang. DIA akan bukak kan hati sesiapa pun yang DIA kehendaki.

Oh ye, Diana Amir adalah course mate aku. Die kire senior aku la tapi kiteorang grad sekali. Tapi time convo 2 tahun lepas die tak datang. Ade member aku cakap, die ada shooting. Dan di kampus, kite orang tak panggil die Diana, kiteorang panggil die Dodie.

 Ok, ni gambar aku time tak pakai tudung lagi.. Amacam, sempoi tak aku g kelas? siap leh main snap2 lagi dengan Lecturer yang comel dan disayangi ramai. hehhehe.


 With Nurizana Binti Mohd Desa. Time dalam dewan "keramat". Meremang bulu roma time ni tau. Sebab tak sangka dah tamat rupanya aku studi kat sini. Sebak.



 Muke aku lagi kot.. Maaf lah ye, muke agak sememeh sikit banyak.. Maklumlah, baru belajar pakai tudung balik.. 


Dalam ramai2 manusia kat dalam gambar ni, ada seseorang disitu merupakan ex aku.. miahahaha.. siap suruh aku pakai tudung lagi kalau nak jumpe mak die. Mungkin doa die jugak kot yang menyebabkan aku pakai tudung. Tapi time konvo ni, aku dah break pun dengan die. "Awak, alhamdulillah, saye sekarang dah pakai tudung. :)"



Sumber dari NEDA

Ye, aku nak pakai tudung macam ni. Sumpah aku nak. Aku tak kisah orang nak cakap aku macam makcik ke, ustazah kelas fardu ain ke, ustazah pilihan ke..AAK?
Aku kadang2 rasa macam pelik sikit bile pakai tudung tapi tak tutup dada. *no offence* Kadang2 aku pun pakai gak tudung singkat. Sampai satu tahap aku pakai tudung bawal balik. Tapi aku tak pin hujung tudung tu kat bahu. Aku biar je hujung tudung tu terjuntai ke bawah dan aku pin kan supaya kemas. 









Ya ALLAH, engkau jadikan aku Muslimah yang sejati. Amin..

Alhamdulillah..

Its seem i have to make a move..
Alhamdulillah, ALLAH make it easier..
HE give me chance and way.
I have to go through a new environment and of course a new Boss.
InsyaALLAH, i will adapt that "new".












Hadapi semua nya dengan senyuman..
Semua akan baik2 sahaja.
ALL is WELL.. :)

Wednesday, October 5, 2011

kenapa jadi begini.

Sibuk

Penat

Kengkangan waktu.

Hambatan kerja.

Tido.

Tidak bernas.

Kurang kreativiti.

Itu semua antara punca kenapa blog ini berdebu.. maaflah ye..












:)