Para Pengikut.. :)

Wednesday, February 1, 2012

Hafiz Awan Nano dan Sahabat

Rasanya masih tidak basi lagi jika berbicara mengenai Anugerah Juara Lagu -26 yang telah jayanya berlangsung pada malam ahad lepas.
Seperti yang semua maklum, Hafiz dengan Awan Nano nya telah dinobatkan sebagai Juara.
Sekalung tahniah diucapkan.
Lagu Awan Nano sebenarnya membawa seribu maksud pada diri ku.
Bila dengar lagu ini, aku akan ingat akan seorang sahabat.. Siti Fazirah Binti Hairani.
Kenapa?
Kala lagu ini top pada awal tahun 2011, aku selalu dengar lagu ini bersama nya ketika dalam kereta, ketika bekerja (dalam ofis pun bukak radio)
Sungguh, bila dengar lagu ini, aku rasa aku sayang sangat kat sahabat ku ini.

Mengenali nya pada tahun 2002, ketika sama-sama menuntut di SM Teknik Matang.
Kelas sama, asrama pun sama..
Banyak kenangan yang kami cipta bersama terutama dengan Geng Bak-Bak.
:) tersenyum sendiri dibuatnya.
Setelah SPM, dengan rasa yakin nya, kami sama-sama meminta untuk mengikuti PLKN.
Padahal, kami tidak terpilih pun, tapi atas inisiatif sendiri, kami sama2 menulis surat permohonan untuk mengikuti latihan ke Jabatan Latihan Khidmat Negara. Alhamdillah, permohonan kami diterima walaupun ditempatkan di kem yang berasingan. Yang penting, kami sama-sama mengalami pengalaman yang sama. :)

Setelah itu, kami sama-sama memasuki tingkatan 6 di SMK Matang Jaya walaupun mendapat tawaran Politeknik. Disitulah, kami menanam cita-cita dan impian untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.
Berkat usaha yang tidak mengenal jemu dalam pencarian ilmu, berkat doa ibu-bapa dan guru doa kami dikabulkan. Namun sekali lagi kami tidak ditakdirkan bersama, aku berada di USM dan dia di UUM.
Namun, itu semua tidak menyebabkan kami terputus hubungan.

Sehingga sekarang masing-masing sudah bekerja, kami masih macam dulu. Masih bersahabat walaupun tidak seakrab dulu. Mungkin persekitan, orang disekeliling menjadi faktor utama. Bagi diriku, bersahabat bukan bermaksud memiliki atau "kau sahabat aku, kau tak leh kawan dengan orang lain". Sahabat aku dekat dihatiku walau jauh dimata, sahabat aku tetap ada dalam doa solatku. :)

Siti Fazirah binti Hairani, kau adalah Awan Nano aku. :)





Text pada malam ketika Anugerah Juara Lagu-26 sedang berlangsung. Time tu Hafiz tengah perform.

Aku: Ngek, lagu kita 2.. Awan nano ~miss u a lot~
Zirah: haha..aku pun teringat. Miss u too dear.
Aku: :)

2 saat selepas Hafiz dinobatkan sebagai juara.

Zirah: Mi..lagu kta dua menang aiee
        : Hahaha
Aku: :) Love u bff
Zirah: Love u too bff :)

Sahabat tak semestinya selalu berjumpa, cukup sekadar ingatan dalam hati yang tulus dan setiap doa yang dipanjatkan.

1 comment:

..pelangimerahjambu.. said...

abish tu saya bukan awan nano awak ker???