Para Pengikut.. :)

Tuesday, January 31, 2012

Second Entry di 2012.

Fewww... January hampir meninggalkan kita. January 2012 sangat mencabar bagi aku.
Esok, satu tanggungjawab yang besar bakal tergalas di bahu ku.. InsyaALLAH..
Aku terkadang tidak yakin dengan kemampuan ku. Tapi kata orang tak cuba, tak tahu lagi.
Aku cuba belajar sebanyak mungkin dan secepat mungkin. Aku berdoa agar di tempat baru tidak membawa sebarang masalah kepada ku.
Hanya padaNYA aku bermohon agar di permudahkan segalanya.

2012 ini mungkin akan membawa banyak perubahan kepada ku. InsyaALLAH.
Kita hanya merancang, ALLAH juga yang menentukan.
Perancangan itu ada, tapi buat masa sekarang ni, belum mantap lagi keputusannya.
Dari segi mental, aku dan dia sudah bersedia, namun dari segi fizikal pihak aku yang kurang mantap.
Aku tidak mahu merancang sehingga pelamin nya sahaja. Aku mahu memikirkan sehingga ke soal pampers sekali. Perkahwinan bukan penamat perhubungan namun disitulah bermulanya sebuah keluarga yang bakal terbina. Si dia kata tak mengapa kalau aku belum punya pekerjaan tetap kerana dia yang bertanggungjawab keatas segalanya. Namun aku bukanlah perempuan yang mengharapkan 100% kepada lelaki. Aku yakin, one side income tak cukup untuk zaman sekarang. Budak2 bukanya pakai lampin kain macam kita dulu, semua pakai lampin pakai buang. Itu belum masuk baju lagi, susu lagi.. eeee seram pulak aku bila memikirkan nya.

Jadi, sekarang aku tengah cari asas untuk keluar dari belenggu itu. Aku tahu, kadangkala rezeki itu datang bila2 masa saja. Mungkin lepas kawin atau bila ada baby. Aku akan cuba mantapkan keputusan aku ni secepatnya sebab si dia, mak, abah dan parents si dia selalu bertanya mengenai perkara ini. Ya, aku harus beri keputusan secepat nya.

Tapi..........


Aku tak kursus kawin lagi la! adoyai!!!

1 comment:

♥ nana i am ♥ said...

entry bulan februari takde ke? hehe