Para Pengikut.. :)

Monday, February 28, 2011

Entry tengah malam buta.


Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri
Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku
Hanya dirimu
Tulus cintaku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku

Lagu ini khas buat diriku sendiri. Terima kasih.

Saturday, February 26, 2011

J.O.D.O.H

Assalamualaikum..
Aku terbaca satu entry dalam sebuah blog milik  mr.&mrs Fahmi
Tapi ni entry die 2 3 tahun lepas
Aku tersedar sesuatu disitu..
Nak tahu apa isi kandungan entry tersebut?

Here u go..

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Wednesday, February 16, 2011

14 Feb is just another day..


ASsalamualaikum..
SAlam Maulidur Rasul buat semua..
Ok2, aku tahu entry aku ni dah basi.
Dont worry, aku dah letak anti-basi dah..


Ada apa dengan 14 Feb?
takde ape2. Yang aku tahu 2011 ni 14 Feb jatuh pada hari Isnin dan semua orang bekerja.
So, for me, 14 Feb is just another Monday yang bosan.
Aku masih ingat lagi, hari ahad tu aku tgok buletin utama d Tv3,
orang kedua terpenting negara telah menyentuh pasal isu ini dalam temubual beliau bersama wartawan.
See, sampai TPM pun concern pasal perkara ni.
untuk bukti, aku ade snap pic time beliau ditanya mengenai perkara itu.

 


dan ini..
 


So, aku membebel ini bersama dengan bukti.

Kenapa sekarang orang terlalu taksub mengenai VDay ini?
bagi aku la, tak perlu la kita menunggu VDay untuk mengungkap rasa sayang pada yang tersayang.
Hari2 pun kita boleh mengucapkan "i love u" , "saya sayang awak" "kamek sayang kitak"
Ape2 pun, tak payah pikir2..
*
*
*
*
*
Pesanan terakhir, ungkaplah rasa cinta itu sebelum terlambat.
Aku tak tau pesanan ini buat siapa..
hehehhehehe :)
*
*
*
 *
*
*
*
*
*
*

Saturday, February 12, 2011

Weekend~~

Weekend, tapi kerja.
Bosan kan? Memang bosan.
Cuti pun cuma sehari setengah je.
Macam tak cukup.
Tapi aku punya satu misi hujung minggu ni
Misi aku adalah..
1) untuk mencari bahan2 untuk d blogkan. kalau boleh, aku nak jadualkan apa yang patut aku jadual kan.

2) Standardize kan tulisan mahupun warna tulisan dalam blog.

3) Memikirkan bahasa apa yang patut aku gunakan dalam blog aku atau aku nak campurkan2..

4) Memikirkan apa ganti nama diri yang sesuai yang aku nak gunakan dalam blog aku supaya ianya nampak sesuia dan dekat kepada para pembaca (kalau ade pembacalah). So, aku perlu membaca beberapa blog yang aku rasa sesuai di jadikan rujukan.

Aku rasa cukup sekadar tu kot aku punya misi untuk hujung minggu aku yang tak berape nak panjang ni. Takut nanti, aku list2 hanya tinggal sebagai list je nanti.

sampai ke temu lagi dalam rancangan.....
*
*
*
"tak payah pikir sendiri"
*
Babai

Friday, February 11, 2011

Satu hari di office.




Ini wajah ku yang kelmarin di Office.
Abaikan hidung ku yang berkilat. teehee..
nak tgok sape officemate aku?
jom skodeng.
*
*
*
*
*
 
SApe lagi..My BFF la  
dan 
Nidda, office mate kami.. :)



Sarapan dimana.....??

Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua..
Hari ini diri saya telah dibelanjai oleh kawan baik saya nasik lemak sebagai sarapan..

Baik kan dia..
memang baik..
nak kenal die, mai terjah blog die
Apepon, terima kasih lah besties ye..
lain kali belanje saya lagi k..
:)

Thursday, February 10, 2011

Mengagumi adalah satu perasaan yang seronok.

Aku percaya banyak perkara di dunia ini yang semua orang kagumi.
Tidak kiralah sama ada perkara itu hidup atau tidak.
Dan aku percaya ada dikalangan kita mengagumi sesama kita manusia.
Ada yang menggelarkannya sebagai idola.
Bagi aku, kalau idola itu, kita kagumi nya kerana pencapaian yang telah beliau lakukan atau sumbangan nya yang bermakna.
Namun ada juga dikalangan kita mengagumi seseorang itu kerana kurniaan ALLAH pada dirinya.
Untuk lebih objektif lagi, paras rupanya.
Ya, aku mengagumi seorang pelakon dari negara seberang yang bernama Eva Anindita.
Sangat cantik. Mata nya galak. Tak percaya, tgok pic kat bawah..
*
*
*
*
*
*
Ya...aku tahu. Dia memegang watak antagonis sebagai Janet dalam sinetron Bintang dan Kejora yang sedang hangat di kaca televisyen Astro kita sekarang.
Namun, watak antagonis nya itu semakin berkesan dengan matanya yang galak.
Serius, aku mencemburui penataan matanya.
maksud aku, cara dia memperhiasi matanya..bulat, galak, dan menggoda.
Subnaallah, indah sungguh ciptaan ALLAH kan..
Terus terang, bila aku tengok drama tu, sebenarnya aku ingin lihat penampilan nya.
Aku rasa dia lebih cantik dari pelakon utama (kejora).
hehehehhee..
Apepun, aku memang suka tengok die nie..
Rase2 nye kalau aku jumpe depan mata, mesti mata aku tak berkelip tgok die sebab die cantik sangat..
Cantik kan... :)

Tuesday, February 8, 2011

G.E.M.B.I.R.A



Perlukah kita mempunyai alasan untuk gembira?
Macam perlu kan..
ye la, kalau kite gembira tak tentu pasal, nanti orang cakap kite tak betul pulak..

Jadi, kita harus mempunya alasan untuk kita menjadi gembira.
Namun begitu, kadang kala kegembiraan kita akan menyebabkan kesedihan bagi pihak lain.
Itulah kehidupan.
Jika, semua nya sama, maka bosan lah dunia.
Oleh itu, jika kita gembira, berpada-pada lah..
Ingat, disebalik kegembiraan kita kadangkala menimbulkan luka pada orang lain..
Tapi, tidak salah untuk mempamerkan kan kegembiraan kerana kita manusia dikurniakan dengan pelbagai jenis persaaan.. :)


 credit to Google